#Hiburan: “Tak Abis-Abis Muka Kau” – Didakwa Langgar SOP Kali Ketiga, Azwan Ali Selar Neelofa

Pengacara dan pelakon, Azwan Ali menggesa kerajaan untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas Neelofa selepas didakwa sekali lagi melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila disyaki menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga besarnya baru-baru ini.

Azwan Ali atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali berasa berang dengan tindakan selebriti tanah air itu yang dilihat sudah beberapa kali melanggar SOP semasa negara bergelut dengan wabak Covid-19.

Advertisement

Tangkap layar hantaran yang dibuat Azwan Ali di laman Twitter menggesa neelofa dipenjara atas perbuatannya itu (Sumber: Kosmo!)

Menerusi hantararannya di laman Twitter, Azwan Ali lantang menyelar tindakan Neelofa dan mendesak supaya selebriti tersebut dikenakan hukuman penjara di atas kesalahannya itu.

Saya nak jadi orang rakyat pertama gesa kerajaan untuk penjarakan selebriti perasan bagus ini. Siapa setuju? Kasi (bagi) viral (tweet) ini.
Dua kali dah kau gelupur langgar SOP. Ini kecoh kali ketiga. Lagi-lagi muka kau. Muhasabah weh, kerana kau rakyat tersinggung dan marah. Apa sumbangan besar kau pada industri hiburan Malaysia!

Baru-baru ini, kakak kepada Neelofa, Noor Nabila tular di laman media sosial selepas sebuah video memaparkan ahli keluarga mereka berkumpul pada pagi shawal untuk menyambut perayaan itu sambil bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.

Video berdurasi 27 saat yang dimuat naik di laman instagram milik Nabila bagaimanapun dipadam selepas mencetuskan rasa marah netizen.

The post “Tak Abis-Abis Muka Kau” – Didakwa Langgar SOP Kali Ketiga, Azwan Ali Selar Neelofa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments