Pengacara dan pelakon Ain Edruce berasa teruja menunggu kehadiran anak sulungnya yang sudah memasuki 39 minggu itu di dalam keluarga kecilnya bersama suami.
BACA: Kongsi Foto Hamil 7 Bulan Bersama Suami, Peminat Teruja Teka Jantina Bayi Ain Edruce
Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memuatnaik video pendek di Instagram Reels menunjukkan keadaan perutnya yang sudah besar.
Tulisnya dalam Instagram Reels,
Nak masuk minggu ke-39 dah ni. Baby masih gembira, rileks kat dalam tak nak keluar.
Bila nak keluar ni. Mummy dan daddy teruja sangat dah ni. Amirul kata sanggup tak tido malam nak jaga anak. Tak apa, kita tengok
AdvertisementView this post on Instagram
Walaupun sudah dijangka melahirkan bayi tersebut pada 23 Mei, namun di ruangan komen sudah dihujani dengan doa peminat-peminat Ain yang berharap agar pengacara tersebut melahirkan bayi sulungnya pada 1 Syawal ini.
Ain dan suami, Amirul Hafiz memberitahu pada April lalu bahawa mereka berdua masih belum tahu jantina bayi kerana setiap kali imbasan dan pemeriksaan, bayi dalam kandungan ‘menyorok’.
The post Sudah Cecah 39 Minggu, Ain Edruce Teruja Menunggu Kehadiran Anak Sulung first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments