Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu bahawa dirinya kini telah selamat tiba dan menjalani kehidupan baru di Sweden bersama tunangnya, Michael Hansen.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Binti Syed Abu Bakar Al-Khaired,31, yang dihubungi sebuah media berkata, kehidupannya kini bertambah baik dan bahagia.
Dia juga menjelaskan bahawa kini sedang dalam proses membiasakan diri di negara asing itu.
“Alhamdullilah, semuanya baik-baik sahaja di sini. Tak ada apa yang beza sangat pun, cuma sekarang rasa lebih tenang. Rasa selesa. Pada masa sama, rutin berpuasa saya di sini juga sama ketika berada di Malaysia. Tak ada beza sangat.”
Tambah Sakinah, agak susah untuk mencari makanan tempatan seperti di tanah air di Sweden malah sudah rindu untuk menjamah rendang seperti kebiasaan.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini juga menzahirkan rasa rindu teramat sangat kepada anak sulungnya, Anais Adha yang kini berada di bawah jagaan bekas suami, Aliff Adha.
“Nak kata rindu Malaysia tu tak adalah sangat, cuma rindu dekat anak sahaja..” ujarnya ringkas.
Semoga baik-baik sahaja Sakinah!
The post Sharifah Sakinah Lebih Tenang Di Sweden, Tak Berapa Rindu Malaysia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments