Sebelum ini Izreen Azminda ada menyatakan bahawa dia bersyukur kerana dapat memohon maaf kepada Intan Saleh selepas sengketa lama berkaitan Ude.
BACA: Izreen Azminda Bersyukur Dapat Mohon Maaf Kepada Intan Saleh, Bekas Isteri Suaminya
Walaubagaimanapun, sepertinya Intan mempunyai tanggapan yang lain mengenai pertemuan mereka pada rancangan Melodi Raya yang ditayangkan pada tengah hari tadi.
Menerusi laman Instagram, bekas isteri Ude itu telah memuat naik luahan hatinya,
“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat. Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Mana mungkin akan melupakan. Lihat pada situasinya, jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia.”
View this post on Instagram
Advertisement
Bahkan Intan turut menyelitkan dua tanda pagar iaitu #buatapayangAllahsuka dan #akubukansiapasiap yang terus menimbulkan tanda tanya orang ramai.
Bukan itu sahaja, komen yang ditinggalkan oleh pelakon Nzia Muzafar pada entri tersebut turut menjadi sebutan ramai selain turut memteik nama Rita Rudaini di dalamnya.
“Kesian adik aku ni kena game, permainan demi permainan@ritrud727, haaa kan nampaklah konon-konon baik nak minta maaf, orang akan kata pulak ko yang taknak maafkan dik, tapi orang tak tahu apa jadi selama ni.”
Turut membalas komen netizen, Nazia menjelaskan bahawa hanya dia dan Rita sahaja yang tahu permainan apa yang dipersembahkan olehnya.
Tak cukup dengan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak TV3 kerana menemukan Izreen dan Intan menerusi rancangan hiburan itu.
Pun begitu, penerbit Melodi iaitu Adeed menjelaskan bahawa mereka sudah pun mendapatkan persetujuan kedua pihak sebelum mempertemukan mereka.
“Kami ada etika. Bukan buli seperti apa yang awak cakap tu. Pertemuan atas persetujuan Intan dan Izreen juga. Sebelum jemput pun kami sudah fikir. Kalau salah seorang tak setuju, dua-dua pun kami tak jemput. Harap faham konsep segmen tu.”
Semoga sengketa mereka berakhir kini.
The post “Selagi Tiada Rasa Bahagia, Mana Mungkin Melupakan” – Intan Saleh Beri Respon Pada Izreen Azminda? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments