Pasangan popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengakui kedua-duanya lebih berhati-hati apabila memuatnaik sesuatu di platform media sosial agar tidak berlakunya salah faham diantara peminat.
Menurut Scha, setiap seorang mempunyai cara pemahaman yang berbeza-beza, jadi mengambil langkah berhati-hati ini lebih baik baginya agar tidak mencetuskan provokasi.
Kata pengacara tersebut ketika ditemubual oleh Harian Metro,
Saya ada mengingatkan mengenai perkara ini kepada suami. Saya cakap ia bukan apa yang kita lakukan semata-mata, tapi apa yang orang luar pandang atau tafsir. Bagi saya, penerimaan setiap individu itu berbeza. Jadi kami pilih untuk kurangkan apa-apa yang boleh timbulkan kontroversi atau minimalkan perkara yang tidak perlu.
Pelakon drama Awan Dania itu berkata sedemikian bagi mengulaskan perkara yang sedang ‘hangat’ dikalangan selebriti mengenai melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara sedang berusaha untuk mengurangkan kes yang semakin meningkat.
View this post on Instagram
Advertisement
Dalam pada masa yang sama, Awal menjelaskan mungkin selebriti yang memuatnaik hal-hal seperti itu di media sosial kerana mereka sudah mempunyai dokumen sebagai syarat merentas negeri.
Sebagai selebriti, bagi saya mereka pun sudah boleh bezakan yang baik dan buruk. Sekiranya ada yang berbuat demikian, saya berasakan mesti mereka sudah ada dokumen yang diperlukan. Kalau saya secara logiknya, apabila sudah buat salah takkan nak bagi tahu orang? Jadi andai ada yang muat naik di media sosial dan sebagainya, sudah pasti mereka mungkin ada keizinan.
Memahami situasi sekarang, Scha tetap berfikiran positif dan turut berdoa agar fasa pandemik akan berakhir suatu hari nanti secara perlahan-lahan.
The post Scha Alyahya Dan Awal Ashaari Ambil Langkah Berjaga-Jaga Bila Muat Naik Sesuatu Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments