Pelakon jelita, Reen Rahim memberitahu bahawa dia terpaksa melupakan hasrat untuk beraya bersama keluarga tercinta kerana dirinya telah disahkan positif COVID-19 dan terpaksa menjalani kuarantin kendiri sejak semalam.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim,32, telah berkongsikan khabar duka tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Reen telah memuat naik tangkap layar keputusan ujian calitan di mana dia telah disahkan menghidapi wabak penyakit itu setelah menjalani pemeriksaan di sebuah klinik.
Dia walau bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana ahli keluarganya yang lain tidak dijangkiti virus tersebut.
View this post on Instagram
Pelakon drama Pujaaan Hati Kanda itu difahamkan sedang menjalani kuarantin di berlainan kediaman daripada keluarga.
Dalam pada itu Reen juga meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana terpaksa beraya bersendirian dan tidak dapat bersama keluarga.
View this post on Instagram
“Ini bermakna saya perlu beraya sendirian, tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini. Semoga Allah kuatkan hati Amie (ibu) supaya tidak bersedih tak jumpa saya selama sepuluh hari..” tulisnya di hantaran Instagram itu.
Dia juga turut memohon doa orang ramai agar kesihatannya semakin baik dan kembali seperti biasa.
Terdahulu, antara selebriti yang baru sahaja disahkan positif COVID-19 adalah Nora Danish, Tiz Zaqyah dan Nabila Huda.
The post Reen Rahim Sambut Raya Berseorangan Gara-Gara Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments