#Hiburan: “Nyo Wak Keghah Pedal Dio Dihh..” Kecek Kelantan, Misha Omar Tegur Sikap Orang Pantai Timur

Penyanyi Misha Omar menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada tampil menegur sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih cuba-cuba melanggar perintah rentas negeri kerana ingin pulang ke kampung menyambut hari raya Aidilfitri.

Misha,39, memberi teguran tersebut secara khusus kepada rakyat pantai timur yang membuat percubaan pulang ke kampung sebelum disekat dan diarah berpatah balik dalam sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Dalam hantaran tersebut, Misha telah memuat naik klip video berita mengenai ratusan kenderaan telah diarahkan berpatah balik sekaligus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Misha yang berasa kesal itu sempat berseloroh dalam loghat Kelantan agar mesej lebih sampai tepat ke hati penduduk pantai timur.

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Advertisement

“Wehh demo ni bakpo gak degil benar? Nyo wak keghah pedal dio dihh wak wak tok tahu pulok nyo tok leh rentah negeri dan daerah..”

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa dirinya juga rindu akan kampung halaman namun terpaksa akur dengan tindakan kerajaan untuk memperketatkan lagi SOP memandangkan kes harian semakin tinggi dari hari ke hari.

Misha yang kini berada di Kuala Lumpur masih mempunyai ibu di kampung yang juga tinggal di Kelantan.

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, DCP Datuk Shafien Mamat berkata aliran trafik cubaan masuk ke Kelantan semakin bertambah memandangkan hari raya yang bakal menjelang tiba. Beliau juga memaklumkan hampir 1000 kenderaan telah ditahan di sekatan jalan raya sebelum diarahkan berpatah balik.

The post “Nyo Wak Keghah Pedal Dio Dihh..” Kecek Kelantan, Misha Omar Tegur Sikap Orang Pantai Timur first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments