Pelakon Elisya Sandha mengundang rasa tidak ‘selesa’ kepada warganet apabila tunangnya, Uzair Haqimy memuatnaik gambar di Instagram dimana Elisya dan tunang posing berpeluk di dalam gambar tersebut.
BACA: (FOTO) Sekitar Majlis Pertunangan Elisya Sandha & Anak Sheila Rusly. Manis Betul!
Pada raya pertama, Elisya Sandha kelihatan beraya dirumah tunang tercintanya yang merupakan anak sulung pelakon hebat Sheila Rusly.
Menerusi perkongsian gambar tersebut di Instagram tunangnya itu, ia telah menarik perhatian orang ramai melihat ‘kerapatan’ mereka berdua walaupun masih belum berkahwin.
View this post on Instagram
Advertisement
Rata-rata di ruangan komen dipenuhi dengan warganet menegur perbuatan yang dilakukan oleh Elisya dan tunangnya itu untuk menjaga batas masing-masing dengan status masih bertunang.
Jangan la post pic yang mengundang fitnah.
Peghhh macam dah kahwin sila jaga batas dik.
Pelakon cerita Mesteri Mona itu telah bertunang dengan Uzair Haqimy pada 31 Januari 2021 yang lalu.
The post Netizen Tegur Elisya Sandha Dan Tunang Muat Naik Foto Berpeluk Di Aidilfitri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments