Kejayaan demi kejayaan nampaknya dikecapi penyanyi Noki daripada kumpulan K-Clique setelah merangkul Anugerah Juara Lagu Ke-35 baru-baru ini.
Khabarnya, Noki bakal melebarkan sayap dalam dunia seni dengan melibatkan diri dalam dunia lakonan pula.
View this post on Instagram
Ujar Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji,27, dia menceburi bidang seni lakonan adalah kerana ingin mencabar kemampuan dirinya sendiri selain daripada menyanyi.
Jelasnya lagi, dia bakal terlibat dalam sebuah projek lakonan di mana dia akan membawa watak utama ‘nakal-nakal’ dalam naskah terbaru yang belum diumumkan tajuk secara lanjut itu.
View this post on Instagram
Advertisement
“Ini pengalaman pertama semestinya saya sangat teruja, dah rancang masuk kelas lakonan..bagi saya kalau sesuatu benda itu mendatangkan hasil kenapa kita tak cuba. Selagi tak cuba kita tak akan tahu kemampuan diri!”
Dalam pada itu, Noki berkata dia sama sekali tidak akan mengabaikan karier utamanya iaitu bidang nyanyian meskipun sudah terlibat dalam dunia lakonan.
Hanya menganggap lakonan sebagai sebuah pekerjaan sampingan, Noki juga berharap agar segala perancangan akan dipermudahkan Illahi dan turut memohon doa serta sokongan padu daripada peminat.
View this post on Instagram
Terdahulu, Noki pernah meluahkan hasratu untuk menceburi bidang lakonan dan memilih untuk membawa watak aksi.
“Kalau diberi tawaran saya mahu! Saya suka watak kasar-kasar, romantik ini kurang!” ujarnya ketika ditemubual sebuah portal media.
The post Dah Lama Berangan Nak Jadi Pelakon, Impian Noki K-Clique Jadi Kenyataan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments