Pelakon Fizo Omar bengang apabila melihat satu video yang sedang tular di media sosial tentang seorang individu lelaki yang mendakwa magnet melekat di bahagian suntikan tumbuh rakannya yang sudah mengambil vaksin.
Fizo berkata di sebuah hantaran di Instagramnya, perkara tersebut sama sekali tidak masuk akal dan meminta orang ramai tidak mudah mempercayai perkara tersebut.
Di dalam hantaran tersebut, Fizo turut mencabar individu tersebut membuktikan perkara yang ditunjukkan olehnya di dalam video tersebut sekali lagi.
Cuba lah fikir logik sikit, ada ke patut cakap dalam vaksin tu ada cip untuk nak trace kita, ada macam-macam bendalah dalam vaksin ni. Eh guna akal boleh tak?
Kata pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkata perkara yang dilakukan oleh individu tersebut boleh menjadi penyebab orang ramai menjadi lagi takut untuk mengambil suntikan vaksin.
Cuba fikir waras, cuba jangan kolot… Yang buat video tu buktikan kalau betul! Kerajaan dah beli vaksin berbillion, bawa masuk. Kerja kita cucuk je.
View this post on Instagram
Fizo yang baru sahaja mengambil suntikan Astrazeneca lima hari yang lalu turut membuktikan di dalam video hantaran di Instagramnya dengan melekatkan magnet dibahagian suntikan tersebut, namun tidak melekat seperti dalam video individu yang tular itu.
The post ‘Cuba Jangan Kolot..’ – Fizo Omar Bengang Dengan Individu Magnet Melekat Di Bahagian Suntikan Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments