#Hiburan: Cik B Sentiasa Terkenang Tragedi Menimpa Dua Abangnya Setiap Kali Ramadan

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B akui setiap kali Ramadan menjelma, dia akan teringat tragedi yang menimpa kedua-dua arwah abangnya Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Allahyarham Muhammad Eddie Zikrie yang meninggal dunia atas kerana insiden kebakaran.

Ketika ditemubual bersama Gempak, Cik B berkata kejadian insiden tersebut berlaku di Meru Hills, Ipoh, Perak pada 4 Ogos 2013 dan ketika itu dia bersama adiknya, Kacak berada di luar rumah yang didiami oleh pekerja ibunya.

Advertisement
cik b

Setiap kali bulan Ramadan, Cik B akan teringat kepada kedua-dua arwah abangnya yang meninggal dalam insiden kebakaran pada 2013.

Ketika itu, saya berada di luar bersama Kacak sebab malu nak masuk ke dalam rumah memandangkan ia adalah rumah bujang untuk pekerja-pekerja mama. Tiba-tiba saya nampak ada abu berterbangan dan mula nampak kepulan asap dari satu sofa yang sedang terbakar.

Tambahnya lagi dalam sesi temubual itu, pekerja ada mencuba untuk menyelamatkan abang-abangnya, namun mereka takut untuk terjun ke bawah.

Mereka takut untuk terjun, jadi mereka berlari ke tandas. Di situlah jasad mereka ditemukan dalam keadaan dipeluk seorang pekerja mama yang turut meninggal dunia.

Mereka pakai baju raya masa itu. Bukan saja baju, abang Edrie juga memakai jam tangan barunya. Mereka bukan meninggal dunia sebab kebakaran tetapi kerana lemas dalam asap tebal.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????® ?????? (@cikb_havoc66)

Cik B yang baru saja mengeluarkan lagu raya nyanyian darinya baru-baru ini turut berkata jika kedua-dua arwah abangnya masih ada, pasti sambutan Aidilifitri pada setiap tahun akan lebih meriah.

The post Cik B Sentiasa Terkenang Tragedi Menimpa Dua Abangnya Setiap Kali Ramadan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments