Nama selebriti terkenal Neelofa sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila sepotong rakaman video pendek disyaki dirakam ketika sambutan perayaan Aidilfitri Jumaat lalu telah dikongsikan seorang netizen di media sosial Twitter, hari ini.
Video tersebut difahamkan telah dikongsikan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila di Instagram miliknya yang memaparkan sesi bermaaf-maafan dan bersalaman antara ahli keluarga.
Meskipun kelibat Neelofa tidak kelihatan dalam video tersebut, namun adik beradiknya yang lain serta suami, Haris turut berada dalam video tersebut.
Namun begitu, Noor Nabila telah bertindak memadam video berkenaan namun sempat dirakam kembali oleh pengguna media sosial dan telahpun menjadi tular.
Assalamualaikum pic.twitter.com/rDtKezLmgW
— Naz. (@TheZollonist) May 17, 2021
Punca mengapa isteri kepada Engku Emran ini memadam video berkenaan masih belum dipastikan sebab-sebabnya.
Meninjau ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil mempersoalkan pematuhan SOP dalam kalangan keluarga selebriti ini malah ada juga yang meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan ke atas mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kini, tidak kiralah selebriti ataupun golongan rakyat T20.
Terdahulu, kerajaan telah melaksana PKP kali ketiga di mana prosedur operasi standard untuk sambutan hari raya adalah dilarang mana-mana individu untuk menjalani aktiviti ziarah menziarahi sepanjang hari perayaan.
Sebelum ini, nama Neelofa hangat diperkatakan warga maya apabila dia dan suami telah melanggar SOP ketika majlis perkahwinan yang berlangsung sekitar Mac yang lalu serta perbuatan merentas negeri ke Langkawi, Kedah serta Nilai, Negeri Sembilan.
The post Buat Hal Lagi, Keluarga Neelofa Sambut Hari Raya Beramai-Ramai Cetus Persoalan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments