Tindakan kerajaan menamatkan operasi bazar Aidilfitri secara mengejut selaras dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) sebelum ini mengundang kegusaran di kalangan peniaga.
Simpati dengan nasib peniaga, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida dilaporkan telah turun padang untuk membeli barangan jualan mereka sebagai tanda sokongan.
View this post on Instagram
Hanya untuk memberi semangat kepada peniaga-peniaga kecil, DS Vida juga mengambil kesempatan untuk membeli persiapan sempena menyambut lebaran yang dijangka disambut esok.
View this post on Instagram
“Harini saya nak ronda bazar Aidilfitri sebelum PKP bermula..saya turun untuk sokong peniaga bazar raya yang terpaksa ditutup sebab pkp 3.0. Kasihan mereka! Saya beli persiapan sederhana untuk raya nanti..banyak barang tak terjual jadi saya tolong beli tetapi mereka tetap bersemangat..”
Advertisement
Perkara tersebut dikongsi Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia turut memuat naik video pendek memaparkan dia sedang membeli beberapa barangan juala di sebuah bazar Aidilftridi Ipoh, Perak pada hari Selasa lalu.
View this post on Instagram
Dia dilihat memborong barang-barang seperti kuih dan biskut raya, baju raya serta karpet.
DS Vida dalam pada itu turut memohon peniaga yang terjejas dengan perlaksanaan tersebut agar bersabar dengan ujian dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
The post Borong Barang Jualan Di Bazar Aidilfitri, DS Vida Bantu Peniaga Kecil Terjejas PKP 3.0 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments