Pelakon veteran, Fauziah Nawi menerusi aplikasi TikTok ada menitipkan pesanan hari raya buat mereka yang tidak dapat pulang berhari raya gara-gara Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dek wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Fauziah,68, dalam video pendek itu menitipkan pesanan buat anak-anak yang berada jauh dari perantauan agar sentiasa mengambil peluang ada untuk bertanyakan khabar ibu bapa walaupun dengan hanya panggilan telefon.
Punyalah power Fauziah Nawi ni, dia cakap macam ni pun dah berderai air mata aku ? pic.twitter.com/pjP2Hi8rUc
— YB Kak Mira ?? (@mighvv) May 7, 2021
Dia yang dihubungi media dalam pada itu sempat memberikan pesanan agar tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk bersama dengan orang yang tersayang.
“Apabila sudah tiada di depan mata, baru tercari-cari kasih yang dipisahkan oleh jarak..Sekurang-kurangnya kerinduan hanya dipisahkan dengan jarak bukan orang yang kita sayang tiada lagi di dunia ini macam ibu (merujuk pada dirinya)..”
Kata Fauziah lagi, jikalau hati sentiasa menyayangi kedua orang tua di kampung, jangan lupa untuk mengirimkan doa kesejahteraan buat mereka, tidak kiralah masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
View this post on Instagram
“Yang bertuah masih punya orang tua, doakan agar mereka dikurniakn kesihatan yang baik. Insya-Allah, semuanya akan okay. Nanti kita jumpa lagi..” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, Fauziah Nawi telah kehilangan anak lelaki kesayangannya yang juga merupakan seorang penulis skrip dan pengarah, Pitt Hanif kira-kira dua tahun lalu selepas dilaporkan lemas di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang.
The post “Berdoalah Agar Kita Semua Berjumpa Lagi..” Fauziah Nawi Titip Pesanan Raya Penuh Pilu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments