Pelakon Nadia Brian ada berkongsikan berita duka apabila enam orang ahli keluarganya telah disahkan positif COVID-19, baru-baru ini.
Nadia yang dihubungi media memaklumkan mengenai perkara itu dan turut kedengaran menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengar perkhabaran itu.
View this post on Instagram
Difahamkan antara yang telah didapati positif wabak itu adalah ibu, nenek, abang ipar, anak buah dan ibu saudara Nadia Brian yang disahkan menghidap COVID-19 pada hari jumaat yang lalu.
“Nenek saya yang berusia 75 tahun harini pihak KKM akan datang ambil untuk dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Ahli keluarga yang lain sudah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.”
Ujar Nadia lagi, keputusan ujian calitan untuk dirinya negatif namun terpaksa dilakukan sekali lagi untuk kepastian pada 10 Mei nanti.
View this post on InstagramAdvertisement
Dalam pada itu, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini memohon doa orang ramai dan juga peminat agar mendoakan kesembuhan ahli keluarganya.
“Saya mohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan ahli keluarga saya. Ya Allah..berat sungguh ujian yang diberikan kepada saya..” ujarnya mengakhiri temubual.
View this post on Instagram
Terdahulu, Nadia dan keluarga dilaporkan menjalani ujian calitan pada 5 Mei lalu selepas adik kandungnya telah mengalami demam sebelum disahkan positif COVID-19.
The post “Berat Sungguh Ujian Allah Beri Pada Saya..” 6 Orang Ahli Keluarga Nadia Brian Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments