Setelah hampir dua tahun terpisah, penyanyi, Alif Aziz akhirnya kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak Disember lalu. Difahamkan, ketika kontroversi menghimpit dirinya, dia tinggal bersama keluarga di Singapura.
BACA: Dua Tahun Terpisah, Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia, Mulakan Hidup Baru Bersama Bella Astillah
Sebagai bapa kepada dua orang anak, kepulangan Alif Aziz ini sudah semestinya satu berita gembira buat isteri, Bella Astilah. Malah, hubungan mereka dilihat kembali rapat apabila kerap live bersama-sama di Instagram.
Terbaru, Bella Astillah mencuit hati peminat apabila berkongsi video menari TikTok sambil diperhatikan suami. Reaksi muka Alif memang ‘pelik’ habis.
View this post on Instagram
Advertisement
Menerusi kapsyen yang ditulis, Bella mengakui hampir ketawa sebaik sahaja melihat Alif Aziz mengerutkan dahi melihat aksinya. Malah, sebelum ini, Bella sempat juga merakam reaksi muka suami apabila dia pura-pura gelek di TikTok.
View this post on Instagram
Advertisement
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan ini. Sampai ada yang meneka apakah yang tersirat di fikiran Aliff ketika itu. Adui!
The post [VIDEO] ‘Pehal La Bini Aku Ni’ – Reaksi Muka Alif Aziz Bila Bella Menari Tiktok Cuit Hati Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments