#Hiburan: “Salah Tetap Salah..” Hatta Dolmat Beri Pesanan Agar Golongan LGBT Tidak Lantang Beri Pendapat Isu Sensitif

Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat baru-baru ini tampil memberikan pesanan khas buat golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT agar tidak terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai isu sensitif dalam masyarakat jika tidak mahu dipandang rendah oleh masyarakat.

Hatta DolmatSumber : Instagram Hatta Dolmat  

Dia yang menzahirkan pendapat tersebut menerusi sebuah untaian ciapan di ruangan Twitternya berkata, golongan ini tidak perlu terlalu lantang bersuara atau menjelaskan apa-apa mengenai orientasi seksual sendiri sebaliknya perlu menjaga maruah keluar sebelum berkata-kata.

Advertisement

Tidak perlu berpegang kepada prinsip ‘saya hanya mahu menjadi diri sendiri’, Hatta meluahkan perasaan kesal kerana makin ramai golongan ini berani mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi tanpa memikirkan maruah keluarga.

Twitter Hatta DolmatSumber : Twitter Hatta Dolmat  

“Nak jadi apa pun jadilah tetapi jadilah yang terbaik untuk diri sendiri, benda salah tetap salah jangan nak kata ini adalah saya,saya tak kisah. Ya kamu tidak kisah tapi bagaimana dengan keluarga? ibu bapa? adik beradik? Nak jadi macam mana pun jadilah tapi jadilah yang menggalakkan ke arah kebaikan yang menyebarkan lebih banyak kebaikan supaya orang ramai lebih menghormati kamu.”

Tambahnya lagi, isu seperti LGBT adalah tetap salah namun mereka ini haruslah memikirkan tentang orang lain seperti ibu bapa dan kaum keluarga yang mempunyai kaitan dengan diri sendiri.

Perkongsian tersebut ternyata telah mendapat sokongan daripada ramai netizen yang rata-rata bersetuju dengan mesej tersebut.

Komen Hatta DolmatSumber : Twitter Hatta Dolmat  

The post “Salah Tetap Salah..” Hatta Dolmat Beri Pesanan Agar Golongan LGBT Tidak Lantang Beri Pendapat Isu Sensitif first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments