#Hiburan: “Minta Maaf Kerana Menyusahkan..” Syafiq Farhain Dilaporkan Positif COVID-19

Penyanyi Syafiq Farhain mengumumkan bahawa dirinya sah positif COVID-19 setelah menjalani ujian calitan (swab test), kelmarin.

Syafiq FarhainSumber : Instagram Syafiq Farhain  

Berita tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini menerusi satu hantaran di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Jelas Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain A M Salim,27, dia mengambil keputusan untuk membuat ujian calitan tersebut setelah merasakan tidak sedap badan.

IG Syafiq FarhainSumber : Instagram Syafiq Farhain  

“Saya membuat ujian calitan semalam, selepas rasa tak sedap badan. Kini, keputusannya positif. Jika sesiapa merasakan mereka kontak rapat saya, lebih baik pergi buat pemeriksaan. Maafkan saya kerana menyusahkan.”

Terdahulu, Syafiq juga memuat naik video pendek dirinya sedang menjalani ujian saringan tersebut di Instagram Story media sosialnya dan berkongsi keputusan ujian tersebut.

Sekadar info, Syafiq yang juga merupakan anak kepada penyanyi lagenda Allahyarham Saleem Iklim kini berkhidmat sebagai anggota Bomba dan bertugas di ibu pejabat di Putrajaya. Dia yang merupakan naib juara program Big Stage musim pertama pada tahun 2018 yang lalu juga khabarnya bakal muncul dengan lagu baharu berjudul Sakit Hati, tidak lama lagi.

The post “Minta Maaf Kerana Menyusahkan..” Syafiq Farhain Dilaporkan Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments