Pelakon Fikry Ibrahim meluahkan rasa syukur dan lega apabila kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk membuka kedai gunting rambut sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.
Ini berikutan dia baru sahaja membuka salun rambut muslimah di Putrajaya dan berita itu ternyata menerbitkan sedikit kelegaan dan peluang untuknya kembali menjana pendapatan.
Fikry yang difahamkan baru sahaja setahun mengusahakan kedai gunting rambut itu berkata, sejujurnya bukan mudah baginya untuk mempertahankan perniagaan masih baru itu.
View this post on Instagram
“Saya mengalami kerugian yang teruk sejak PKP fasa pertama lagi, tapi saya anggap apa yang berlaku ini satu dugaan. Saya tak nak mengeluh sebab saya perlu pastikan salun ini terus beroperasi kerana saya ada dua pekerja yang perlu saya jaga kebajikan mereka. Mereka bergantung harap dengan saya sekarang ini.”
Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membenarkan sektor tersebut kembali beroperasi.
Pelakon drama Kau Yang Pertama ini turut berjanji akan menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dan akan memantau pekerja sepanjang perniagaan berlangsung.
View this post on Instagram
“Saya sentiasa memantau pekerja saya supaya menjaga SOP yang sudah ditetapkan dan pastikan setiap pelanggan yang datang akan mengimbas kod MySejahtera. Kami juga hanya melayan pelanggan yang membuat temujanji saja. Dalam keadaan sekarang kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kita perlu bersatu dalam menangani penularan COVID-19.”
Sekadar info, Fikry telah mengusahakan salun rambut yang diberi nama Dashing Diva Putrajaya bertempat di Putrajaya, Selangor.
The post Kerajaan Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang PKP, Fikry Ibrahim Luah Rasa Lega first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments