Personaliti TV dan penyanyi, Adibah Noor sejak kebelakangan ini mencuri perhatian netizen apabila dia sering saja dilihat menegur kesilapan sebutan bahasa Inggeris selebriti serta tokoh politik sehingga menimbulkan perasaan kurang senang segelintir pihak.
Malah, ada yang menuduh Adibah sengaja ingin membuatkan dirinya tular hanya untuk mencari populariti. Ada pula segelintir individu menzahirkan rasa meluat dan menyampah apabila merasakan Adibah terlalu berlebihan dalam mencari ‘kesalahan’ orang yang berpengaruh apabila mereka tersalah menyebut bahasa Inggeris di media sosial.
Namun begitu, Adibah tampil membidas dakwaan tersebut dan menganggap kata-kata yang dilemparkan netizen itu sama sekali tidak akan mematahkan semangatnya untuk mendidik mereka di luar sana mengenai cara sebutan bahasa Inggeris yang betul.
Menurut penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini lagi, dia mengakui sengaja menggunakan contoh kesalahan yang dibuat figura terkenal supaya ianya tular namun menafikan sebab dia membuat perkara itu kerana ingin popular atau menjana pendapatan berikutan tiada pekerjaan sepanjang PKP kini.
View this post on Instagram
“Saya menggunakan contoh (kesalahan) figura popular supaya ia viral. Ia bukan untuk saya jadi popular atau nak jana pendapatan kerana tak ada job, tapi saya suka ia viral supaya teguran itu jadi lebih luas. Kalau nak kata saya ambil kesempatan, jawapannya mungkin. Tapi tujuan dan niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya tahu, memperbetulkan sebutan dan bukan nak jatuhkan sesiapa..”
Terdahulu, Adibah Noor dikecam segelintir netizen apabila dia tampil memperbetulkan satu perkataan daripada teks ucapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri RIna Mohd Harun. Yang Berbahagia sebelum ini kelihatan kekok ketika memberi ucapan dalam bahasa Inggeris dalam sebuah persidangan yang disiarkan secara dalam talian.
Pelakon drama Kampung People 2 itu juga pernah menegur cara sebutan bahasa Inggeris pembaca berita TV3, Ramzan Mohd Saufi dan penyanyi Haqiem Rusli.
The post “Kalau Boleh Nak Betulkan Semua!” Adibah Noor Dituduh Sengaja Cari Salah Sebutan Bahasa Inggeris Supaya Tular first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments