Baru-baru ini, kisah Aiman Tino dan keluarganya telah menjadi topik utama perbualan para netizen selain daripada portal media. Dikatakan mula mengabaikan kerjaya seninya kerana wanita, penyanyi itu tampil menjelaskan perkara sebenar.
BACA: “Khilaf Saya Sendiri” – Ibu Dakwa Dah Berubah, Aiman Tino Akui Lambat Balas Mesej Punca Salah Faham
Tak cukup dengan itu, bapa Aiman turut mendedahkan bahawa dia sudah menasihati anak lelakinya itu supaya lebih berdisiplin dalam menguruskan hal kerjayanya.
Masih lagi dperkatakan netizen, kakak kepada Aiman iaitu Fara Hezel turut tampil bagi mengulas mengenai isu yang menyelubingi adiknya tersebut.
Kata wanita itu, dia berharap agar netizen tidak mengecam ahli keluarganya selain berhenti mengambil tahu apa yang terjadi di dalam kehidupan mereka.
Malah Fara turut meminta orang ramai berhenti menghukum keluarganya memandangkan orang lain juga pasti mempunyai keluarga sendiri.
Apabila ada peminat yang bertanya mengenai keadaan Aiman dan dirinya selepas tercetusnya isu ini, Fara menjawab bahawa mereka berdua baik-baik sahaja.
Menerusi entri terbaru Aiman di Instagram, penyanyi itu menganggap bahawa insiden ini merupakan satu fasa baru yang perlu dilaluinya selain mengatakan yang dia akan menghadapinya dengan senyuman.
View this post on Instagram
Apa pun, semoga isu ini redalah hendaknya.
The post “Jaga Hal Sendiri” – Isu Aiman Tino, Fara Hezel Minta Netizen Berhenti Kecam Keluarganya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments