#Hiburan: Isteri Sah Hamil Anak Pertama, Nazrief Nazri Tak Sabar Nak Jadi Bapa

Pelakon Nazrief Nazri baru-baru ini mengumumkan bahawa dirinya bakal bergelar bapa setelah isterinya, Aizatul Aqma disahkan berbadan dua.

Nazrief Nazri dan isteriSumber : Instagram Nazrief Nazri  

Berita gembira itu diumumkan Nazrief menerusi satu hantaran di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Difahamkan, Aizatul telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah kemudian mereka berdua hadir ke klinik berdekatan untuk membuat pengesahan sama ada hamil atau tidak.

“Saya bakal jadi bapa tidak lama lagi, Alhamdullilah. Lepas je cerita kitorang keluar dekat @mstaronlineofficial hari itu pasal anak, tak lama lepas tu isteri bagitahu dia mengandung. Rezeki Alhamdullilah, tapi masa tu dia periksa sendiri je dekat rumah. Lepas tu bawa pergi klinik untuk pastikan dan yay!!..hehehe,”

Meninjau ruangan komen, pelakon drama Leftenan Zana dan isteri menerima ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan-rakan artis.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 15 November 2019 yang lalu. Tahniah diucapkan buat Nazrief dan isteri!

The post Isteri Sah Hamil Anak Pertama, Nazrief Nazri Tak Sabar Nak Jadi Bapa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments