#Hiburan: Gelaran Datuk Dilucut Setelah 3 Tahun, Farid Kamil Hormati Keputusan Istana

Pelakon terkenal, Farid Kamil menjelaskan bahawa dia menerima keputusan daripada Istana Pahang yang telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepadanya dengan rasa hormat.

Farid KamilSumber : Instagram Farid Kamil  

Dia dalam pada itu turut menzahirkan perasaan berbesar hati kerana dapat menyandang gelaran itu untuk tempoh tiga tahun.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan Istana Pahang. Saya menjunjung kasih dia atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu. Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan daripada pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya.”

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Farid Kamil serta beberapa artis lain telah dilarang untuk menggunakan gelaran Datuk berkuat kuasa dengan serta merta. Perkara tersebut telah diumumkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang selaku Pendaftar Darjah.

View this post on Instagram

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Manakala untuk perkembangan terkini, Farid Kamil dikhabarkan bakal muncul dengan filem Remp-It 2 yang akan menemui penonton sekitar tahun ini.

The post Gelaran Datuk Dilucut Setelah 3 Tahun, Farid Kamil Hormati Keputusan Istana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments