#Hiburan: Gelar Diri ‘Sharifah@Phat Mariam’ Kerana Minat Too Phat, Sherry Alhadad Bercita-Cita Jadi Penyanyi Ketika Waktu Kecil

Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad baru-baru ini ada berkongsikan kenangan zaman persekolahannya dahulu yang agak melucukan.

Sherry AlhadadSumber : Instagram Sherry Alhadad  

Dia dilihat telah berkongsikan sekeping foto kad raya yang pernah diberikan kepada kawan baiknya ketika berusia 15 tahun.

Advertisement

Namun yang menarik perhatiannya adalah apabila Sherry telah menulis bahawa dia akan menjadi seorang penyanyi yang terkenal apabila sudah besar kelak.

Kenangan melucukan itu dikongsikan Sherry menerusi satu hantaran di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)

Dalam kad itu juga, Sherry memesan kepada rakannya agar melupakan kesalahan lama dan ikhlas membaca kad raya tersebut.

Pelakon drama The Maid itu juga menggelarkan dirinya sebagai ‘Sharifah@Phat Mariam’ kerana sangat meminati kumpulan rapper duo terkenal, Too Phat.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan memori yang disimpan setelah sekian lama oleh pelakon berbakat itu. Mana tahu boleh jadi penyanyi kan? Doakan yang baik-baik sahaja!

The post Gelar Diri ‘Sharifah@Phat Mariam’ Kerana Minat Too Phat, Sherry Alhadad Bercita-Cita Jadi Penyanyi Ketika Waktu Kecil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments