Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan foto diri dan keluarganya untuk membuat iklan menjana kewangan palsu kepada pengguna.
Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali turut menjelaskan bahawa dia sudah menghubungi individu terbabit untuk memadam hantaran berkenaan namun tidak dilayan.
Atas dasar keselamatan dan privasi, Eyra telah membuat hebahan di media sosial Instagram mengenai iklan palsu terbabit untuk info kepada peminat serta pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
“Allahuakbar..Saya dah pun hubungi orang tu (gambar 2 dan 3) untuk turunkan entri tapi mereka tak nak percaya saya pemilik gambar tu. Katanya ada ahli dorang yang bagi, bila tanya tak nak jawab dan sebenarnya ada bukti lain yang dorang memang suka-suka saja ambil gambar orang lain juga. Dorang pun tak nak turunkan entri sebab yelah, ramai mesej kan jadi rasa marketing tu berjaya tapi tak!”
Dalam hantaran itu, Eyra dilihat telah memuat naik tangkap layar perbualannya bersama individu terbabit menerusi aplikasi Whatsapp di IG miliknya.
Menurut pelakon drama Mr. Grey ini lagi, laporan polis telah pun dibuat setelah pihak terbabit enggan memberi kerjasama untuk menurunkan iklan tersebut di media sosial.
View this post on Instagram
Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Muhammad Haziq Nadzli ini turut memohon kerjasama orang ramai untuk meninggalkan komen di entri berkenaan dengan menyatakan bahawa ianya merupakan penipuan agar orang lain tidak menjadi mangsa.
“Kalau terdesak sangat cari duit, banyak lagi cara yang halal. Bagi keluarga kenyang pun tak guna kalau haram, masya-Allah. Tolong sebarkan ya.”-Eyra Hazali
The post Gambar Peribadi Disalah Guna Untuk Iklan Jana Duit, Eyra Hazali Berang Dan Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments