Meskipun sudah hampir 10 tahun berkenalan dengan teman lelakinya kini, pelakon dan juga penyanyi Kila Fairy berkata dia menyerahkan sepenuhnya keputusan untuk bernikah dan mendirikan rumah tangga kepada pasangannya itu.
Menurut Kila, dia enggan terlalu merancang kerana bimbang tidak menjadi terumatanya apabila menyentuh soal jodoh.
Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Binti Jahangir Khan,28, yang kini menjalinkan hubungan dengan jejaka bernama Sa’aid Aiman Hazley menegaskan dia enggan ‘suka-suka’ untuk merancang dalam memberi kata putus dan hanya berserah kepada takdir.
View this post on Instagram
“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Saya pun tak tahu sama ada tarikhnya akan berlangsung bila dan lebih suka ikut arus.”
Dia dan teman lelakinya itu difahamkan sudah berkenalan agak lama sejak dari zaman bangku persekolahan. Sementara itu, dalam perkembangan terkini, aktres cantik ini baru sahaja dilantik sebagai duta untuk sebuah produk kosmetik tempatan, lipmatte Ufora.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Kilafairy juga khabarnya bakal muncul dengan single terbaru berjudul Ratu yang menampilkan irama berkonsepkan pop, tidak lama sahaja lagi.
The post Enggan Terlalu Merancang, Kilafairy Serah Soal Kahwin Kepada Teman Lelaki Meskipun Hampir 10 Tahun Berkenalan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments