#Hiburan: ‘Dia Mohon Sedikit Ruang’ – Pengurus Aman Ra

Kecoh di media sosial apabila seorang wanita dipercayai isteri kepada penyanyi rap popular mendakwa suaminya telah berlaku curang. Melalui status yang ditulis di Instagram Story, wanita berkenaan mendakwa dirinya dan anak-anak telah diabaikan suami. Malah, dia mendakwa suaminya sudah empat kali melafazkan cerai.

BACA : ‘Aku Merayu, Melutut Kat Kaki Kau..’ – Isteri Penyanyi Rap Popular Dedah Suami Curang?

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Aman Ra yang diwakili pegawai perhubungannya iaitu Joe Saiful berkata, dia belum dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.

Pendedahan isteri

Penyanyi yang popular dengan lagu Bangun ini juga memohon sedikit ruang kerana isu yang dibangkitkan membabitkan urusan peribadi.

Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin.

Advertisement

Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi.

Dalam pada itu, usaha wartawan Harian Metro untuk mendapatkan respon daripada isteri tidak berhasil apabila dia tidak menjawab mesej yang dihantar di Instagram.

Apa-apa pun semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

 

The post ‘Dia Mohon Sedikit Ruang’ – Pengurus Aman Ra first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments