Meskipun lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi dengan khalayak umum sebelum ini, namun PU Abu baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sedang menjalani proses penceraian dengan isteri keduanya Hana Azraa.
BACA: PU Abu Bakal Bercerai Dengan Hana Azraa, Nafi Tumbuk Bekas Isteri Kedua Di Muka
Sejurus selepas berita itu diketahui umum, para netizen turut menanyakan mengenai hal tersebut kepada Hana selain meninggalkan kata-kata sokongan buatnya.
Meskipun ramai yang berharap agar hubungan kedua mereka berjaya namun Hana tampil positif dan yakin bahawa ada hikmah buat dia dan anak-anaknya dalam menghadapi dugaan ini.
Hana turut berkongsi bahawa penceraian kali ini merupakan kali kedua buat dia dan PU Abu, malah ianya diputuskan selepas 7 bulan mereka rujuk semula.
Apabila ditanya sama ada dia akan mempertimbangkan kembali keputusan ini, usahawan kosmetik ini nampaknya nekad dan tidak akan berpatah balik dengan keputusannya.
“Confirm, tak dak u-turn.”
Dalam entri lain, Hana turut mengatakan bahawa dia ingin berhenti memikirkan hal jodoh buat sementara waktu dan memberi fokus untuk mengembangkan lagi perniagaan kosmetiknya selain menumpukan perhatian kepada anak-anaknya.
Mungkin ini adalah jalan yang terbaik buat Pu Abu dan Hana . Semoga yang baik-baik sahaja buat mereka.
The post “Confirm Tak U-Turn Dah” – Isteri Kedua PU Abu Dedah Buat Keputusan Bercerai Selepas 7 Bulan Rujuk first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments