Pelakon senior, Rita Rudaini tampil membuka mulut apabila dia merasakan ramai pelakon baru dalam industri seni kini bersikap sombong dan berlagak.
Menurut ibu tunggal kepada dua orang anak ini, dia selalu melihat pelakon yang baru melibatkan diri dalam dunia lakonan tidak bertegur sapa dan kelihatan sombong apabila berada di set penggambaran.
Menurut Rita lagi, untuk menjadi pelakon yang profesional dan bertahan lama dalam industri, perkara seperti itu haruslah dihentikan.
View this post on Instagram
“Antara nasihat yang boleh saya kongsikan kepada pelakon-pelakon baru , jangan sombong di set penggambaran. Terus terang saya katakan, kebanyakan yang saya lihat sangat berlagak, tak bertegur sapa pun dengan orang lain.”
Tambahnya, apabila seseorang itu bergelar pelakon yang baru, seseorang itu mestilah bersikap ramah dan tidak sombong untuk bertanya agar dapat memahami watak dalam memudahkan proses lakonan bukan sahaja untuk diri mereka tapi buat keseluruhan krew produksi.
View this post on Instagram
Menafikan dia berasa iri hati apabila tampil memberikan pernyataan seperti ini, Rita berkata apa yang diluahkan hanyalah sekadar nasihat yang terbit ikhlas daripada sanubari.
Perkembangan terkini, Rita kini dapat dilihat aksi lakonannya dalam filem terbaru arahan sutradara terkenal Khabir Bhatia yang berjudul Kerana Korona. Filem tersebut sudah mula ditayangkan menerusi pawagam rumah anda menerusi Astro First sejak 21 Januari yang lalu.
The post Banyak Pelakon Baru Sombong Dan Berlagak, Rita Rudaini Tampil Nasihat Pendatang Baru Industri Seni first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments