#Hiburan: “Alhamdullilah Tak Ada Rotan Kat Sebelah..”- Tak Kisah Belajar Mengaji Dengan Isteri, Tomok Raih Pujian Peminat

Penyanyi Tomok baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila dia dilihat telah berkongsi beberapa keping foto anak-anak dan dirinya sedang belajar mengaji. Namun yang menariknya, guru mengaji penyanyi ini dan juga anak-anak adalah isterinya sendiri iaitu Siti Rahayu Abas.

TomokSumber : Instagram Tomok  

Penyanyi yang berusia 36 tahun itu berkongsikan perkara tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagramnya untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement

Dalam hantaran itu, Tomok secara berseloroh memberitahu bahawa dirinya bersyukur kerana sesi mengaji kali ini isterinya tidak memegang rotan seperti yang pernah dimuat naiknya sebelum ini.

View this post on Instagram

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

“Alhamdullilah hari ni takda rotan kat sebelah..” tulis Tomok menerusi ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut ternyata telah mendapat pelbagai reaksi yang berbeza di kalangan netizen yang rata-rata kagum dengan usaha pasangan suami isteri itu menuntut ilmu agama serta memperbaiki bacaan Al-Quran.

View this post on Instagram

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Sekadar info, Tomok dan isterinya telah mengikat janji setia pada 2 Julai 2011 yang lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakaan tiga orang cahaya mata iaitu Arrian, Andra dan juga Siti Khadijah.

The post “Alhamdullilah Tak Ada Rotan Kat Sebelah..”- Tak Kisah Belajar Mengaji Dengan Isteri, Tomok Raih Pujian Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments