Baru sahaja 6 bulan mendirikan rumah tangga, ramai nyata terkejut apabila pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan bahawa dia sudah bercerai dengan Eilyas Azhar.
BACA: “PU Semua Desak Aku” – Zarina Anjoulie Dedah Kahwin Terlalu Cepat Punca Dia Bercerai
Langsung tidak lari daripada tatapan umum selepas peristiwa sedih itu, Zarina ataupun Anju tidak kisah berkongsi cerita bagi semua yang ingin tahu mengenai keputusan drastik tersebut.
Bahkan wanita itu telah hadir sebagai tetamu di konti HotFm pada pagi tadi dan sedikit sebanyak, berkongsi cerita mengenai bahtera perkahwinannya yang menemui titik noktah di pertengahan jalan itu.
View this post on Instagram
Advertisement
Tampil ceria dan positif, Anju langsung tidak menyesal dengan jalan yang diambilnya memandangkan dia merasai ketenangan yang diinginkan selepas dilanda dengan pelbagai kontroversi yang mana sebahagiannya adalah palsu.
Anju turut berkongsi bahawa dirinya berada dalam keadaan yang baik sahaja, malah meluahkan rasa gembira apabila kasih Eilyas dan bekas kekasihnya kembali bertaut.
Bahkan wanita itu turut mendedahkan ia berlaku semasa mereka masih lagi bergelar suami isteri namun bertegas bahawa perkara tersebut bukanlah punca kepada perpisahan mereka.
Malah Anju langsung tidak menyimpan dendam dan dengan ‘cool’nya mendoakan agar bekas suami dan kekasih lelaki itu bahagia hendaknya.
Katanya lagi, dia dan Eilyas perlu memperbetulkan diri mereka dahulu dan sepertinya mereka terlalu cepat membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, Anju turut menitipkan nasihat supaya setiap orang perlu mencintai diri sendiri supaya mereka juga akan mengecap bahagia dalam kehidupan.
Semoga Anju juga kan menjumpai bahagianya pada suatu hari nanti!
The post Akui Bekas Suami Sudah Kembali Pada Kekasih Lama, Zarina Anjoulie Doakan Kebahagiaan Mereka first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments