#Hiburan: ‘Adui Pening Laa’ – Nazim Othman Tegur Netizen Maki Hamun Pelakon ‘Takdir Yang Tertulis’

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin, ‘Takdir Yang Tertulis’ nampaknya semakin mendapat sambutan apabila setiap episod menjadi trending di Twitter. Ramai yang geram apabila Juwita lakonan Nad Zainal menjadi mangsa penindasan suami sendiri iaitu Azlan.

BACA: “Takut Baca Komen Sumpah Seranah” – Elvina Mohamad Dedah ‘Diserang’ Dek Watak Antagonis Dalam ‘Takdir Yang Tertulis’

Advertisement

Sebagai pelakon yang membawakan watak Azlan, Nazim Othman mengaku menerima makian netizen di media sosial. Malah, sebelum ini, Elvina yang melakonkan watak Ruhila turut menerima nasib yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

Advertisement

Korang ni kan? Tahulah korang marah, emo, geram tengok drama tu tapi yang tak fahamnya kenapa nak maki pelakon pulak? Nak maki, maki jelah watak tu, jangan maki pelakon. Okay? Cara korang tu macam saya ni betul-betul husband kepada Nad Zainal dengan Elvina. Adui peningla. Saya ni single. Faham tak single?

Menerusi perkongsian video, Nazim menegur sikap segelintir penonton yang tidak tahu membezakan antara realiti dan lakonan. Dia dimaki hamun seolah-olah benar-benar menjadi suami dan melakukan penganiayaan kepada Nad Zainal.

Di ruangan komen, pengarah drama iaitu Shahrulezad berseloroh tidak mahu lagi menghasilkan drama seperti ini gara-gara netizen yang terlebih ’emosi’. Nazim Othman juga dilihat sporting melayan ragam penonton yang melucukan. Adoi!

The post ‘Adui Pening Laa’ – Nazim Othman Tegur Netizen Maki Hamun Pelakon ‘Takdir Yang Tertulis’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments