Pastinya ramai yang terkejut apabila Shuib Sepahtu dikhabarkan telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan beberapa cawangan jenama minumannya digunakan sebagai operasi ‘membersihkan’ wang dalam diam.
BACA: Shuib Dan Siti Sarah Dipanggil SPRM Kerana Disyaki Terlibat Kes Urusan Wang Haram?
Terbaru, pelawak itu telah berkongsi pengalamannya melalui antara saat genting dalam hidupnya itu dengan orang ramai.
“SPRM.. kalau mengikut peguam saya, saya sudah bebas. Tiada apa-apa masalah, kalau dahulu akaun dibekukan tapi tidak lagi kini. Malah barang-barang juga sudah dipulangkan semula, sudah hampir sebulan lebih.”
Menurut lelaki itu lagi, kesemua akaun yang berkaitan dengan dirinya dan BubbleBee termasuklah isteri, Siti Sarah turut dibekukan berikutan dakwaan tersebut.
Tidak segan berkongsi pengalamannya semasa disiasat, Shuib mengatakan bahawa dia langsung tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku pada dirinya memandangkan hanya melihat siasatan demikian dalam filem sahaja sebelum ini.
Meskipun dibawa ke dalam bilik siasatan namun pelawak itu mengakui bahawa momen paling mendebarkan apabila pegawai bertugas berada di pejabatnya dan memeriksa kesemua fail dan dokumen berkaitan.
Bertambah rumit apabila berita mengenai siasatan tersebut sampai ke pengetahuan umum semasa Shuib masih lagi sedang dalam siasatan. Apabila membaca komen dan sentiman netizen mengenai perkara berikut, pelawak tersebut mengakui bahawa dia sedikit terkesan.
Bukan sebentar, malah siasatan yang dijalankan oleh pihak SPRM berlangsung dari pukul 3.30 petang hingga 1 pagi keeseokan harinya.
Jujur, Shuib mengakui bahawa berita kejadian tersebut nyata memberikan impak negatif terhadapnya imejnya dan juga perniagaan yang sudah sekian lama dijalankan olehnya.
“Orang dah mula nak boikot, orang rasa seperti ini perniagaan yang nak aniaya orang lain. Ambil duit orang, selepas itu guna untuk buat perniagaan. Sampai ada tanda pagar ‘boikotbubblebee’.”
Advertisement
Bahkan ada individu yang hadir ke outlet perniagaan minumannya dalam keadaan marah dan menghamburkan kata-kata makian.
“Kata mereka, ‘Kau tak malu ke berniaga guna duit haram? Shuib tak bagi kau makan apa-apa ke, tak kan dia makan seorang.'”
Disebabkan oleh kes ini, Shuib menjelaskan bahawa dia banyak mempelajari mengenai selok-belok perniagaan yang betul dan tidak melakukan sebarang transaksi dengan sewenangnya sahaja.
Pun begitu, lelaki ini mengakui bahawa terdapat hikmah disebalik dia ditahan SPRM. Katanya, dia mula mengenali mana yang betul-betul kawan buatnya.
Harap kisah ini akan menjadi pengajaran buat semua.
The post “Ada Datang Outlet Dan Maki.. ” – Shuib Kongsi Impak Insiden Disiasat SPRM first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments