Pelakon Zara Zya yang kini mengusahakan perniagaan makanan berupa kek pisang meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila hampir 32 biji kek terpaksa dibuang kerana tersilap adunan resipi.
Perkara tersebut dilaporkan telah berlaku pada hari yang khamis lalu apabila Zara menjelaskan bahawa dia telah menyangka garam sebagai tepung serbuk penaik (bicarbonate soda) dan telah memasukkan perasa tersebut dalam resipi kek pisang dengan jumlah yang banyak.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin,36, berkata dia juga turut menangis apabila mengenangkan kejadian itu.
View this post on Instagram
“Menangis saya malam ni..bila garam saya ingatkan bicarbonate soda. Masin semasin-masinnya kek saya malam ini terpaksa buang 32 biji.”
Meskipun begitu, Zara menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu kenangan manis buatnya sepanjang melibatkan diri dalam perusahaan makanan.
View this post on Instagram
Ketika meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil meninggalkan tips agar Zara tidak lagi tersilap memasukkan bahan ke dalam adunan kek pisang tersebut antaranya seperti melekatkan pelekat dengan nama bahan makanan di atas bekas.
Perkembangan terkini, pelakon drama Monalisa ini memanfaatkan masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengusahakan kek pisang yang dijual pada harga RM10 sebiji.
The post 32 Biji Kek Pisang Terpaksa Dibuang, Zara Zya Menangis,-“Ingat Serbuk Penaik Rupanya Garam..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments