#Hiburan: Zarina Anjoulie Minta Maaf Pada Sharifah Sakinah, Fizo Omar

Semalam, pelakon Sharifah Sakinah telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung salah faham antaranya dan Zarina Anjoulie sebelum ini. Susulan itu, Zarina juga tampil melakukan perkara yang sama dan mengakui segala kesilapannya.

zarina anjoulie minta maaf fizo omar sharifah sakinah

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, dia meminta agar netizen berhenti mengecam Sakinah yang dikatakan tidak ikhlas memohon maaf. Menurut Zarina, aktres itu sudah pun menghantar mesej kepadanya memohon maaf diatas perselisihan pendapat antara mereka sebelum ini.

Terdahulu, Sakinah menyelar sikap Zarina yang didakwa cuba mengambil kesempatan apabila lantang bersuara mengenai tindakan segelintir artis yang mengharapkan bantuan khusus daripada kerajaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

zarina anjoulie minta maaf fizo omar sharifah sakinah

zarina anjoulie minta maaf fizo omar sharifah sakinah

Pada masa yang sama, Zarina juga meminta maaf kepada Fizo Omar selepas membalas komen aktor itu dengan nada kasar sehingga mencetuskan perbalahan. Dia mengakui tindakannya melemparkan kata-kata negatif itu terlalu mengikut perasaan.

Dalam pada itu, Zarina berkata dia tetap akan meneruskan saman terhadap tiga orang artis yang didakwa memakinya sebelum ini menerusi aplikasi Telegram.Bagaimanapun, dia tidak menyebut siapakan artis berkenaan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments