#Hiburan: Tempoh PKP Eratkan Hubungan Nelydia Senrose Dan Suami

Perintah Kawalan Pergerakan kini sudah memasuki fasa kedua dan rakyat Malaysia digalakkan untuk duduk di rumah. Nampaknya, ia memberi ruang kepada pelakon, Nelydia Senrose menikmati kehidupan berdua, “berbulan madu” bersama suami tercinta.

nelydia senrose suami

Baru-baru ini, Nelydia dan suami, Mohd Hafez Halimi menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Ini adalah saat mereka benar-benar dapat menghabiskan masa bersama menikmati momen romantis.

Rasa seperti baru sahaja kami diijabkabulkan. Dalam tempoh setahun ini menjadi ruang kepada kami memperbaiki kelemahan diri sebagai suami isteri. Kami lebih mengenal tanggungjawab. Setiap momen bersama diabadikan dengan satu rasa yang tak terungkap.

tempoh pkp eratkan hubungan nelydia senrose suami

Saya dan suami sempat berbulan madu ke beberapa negara, ia menjadi kenangan terindah. Saya mengharapkan kebahagiaan kekal dan terus erat.

Sudah setahun mendirikan rumah tangga dan belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata, Nelydia bagaimanapun tidak berasa tertekan dan masih berusaha ke arah itu.

tempoh pkp eratkan hubungan nelydia senrose suami

Saya berserah pada kurniaan Allah SWT. Saya dan suami tidak pernah tertekan, tetapi kami terus berusaha.

Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada 6 April lalu selepas dua tahun menyulam cinta.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments