Kata orang, bila bertunang ia adalah saat paling mencabar buat pasangan yang bakal berkahwin. Bagaimanapun, buat Risteena Munim dan tunangnya, Isa Khan, momen pertunangan adalah yang terindah.
Meskipun tidak dapat meluangkan masa bersama sepanjang tempoh PKP dan meluahkan rasa rindu, Risteena tetap tidak melepaskan peluang untuk melakukan sesuatu yang istimewa dan romantis buat tunangnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Risteena berkata Isa begitu teruja meminta ingin merasai masakan air tangannya dan dia menunaikan permintaan itu dengan menghantar makanan menggunakan perkhidmatan Grab.
Lebih membuatkan Risteena rasa dihargai dan disayangi ialah apabila Isa memuji masakannya sedap. Begitu teruja dengan pujian yang diterima, pelakon wanita itu berkata dia tidak sabar untuk memasak lagi buat tunang tercinta.
Terdahulu, Risteena dan Isa telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, mereka masih belum menetapkan tarikh perkahwinan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments