Sehingga hari ini, hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis didakwa memperlekehkan netizen IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung. Tidak setakat itu, mereka menganggap diri mereka golongan cerdik pandai. Kenyataan kasar itu membangkitkan kemarahan netizen, mereka mengatakan golongan artis sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tiada apa-apa, tidak mungkin akan popular.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Beego yang berkata, selama ini dia meneruskan hidup dan terus kekal dalam industri bukan semata-mata kerana peminat.
Selama ini, tiada pun peminat yang bantu memberikannya wang untuk hidup tetapi sebaliknya hanya keluarga dan rakan sahaja yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.
Kesal ada ahli keluarga tidak sensitif bicara isu perbalahan artis & netizen
Perbalahan antara netizen dan artis menjadi bualan ramai, tidak dinafikan ada dikalangan keluarga Beego yang turut tidak sensitif membicarakan hal tersebut dan ia membuatkan pelakon itu merasa sangat kesal.
“Nak buang artis, kau buang tv, radio semua”
Berang ada pihak ingin memboikot artis, Beego berkata jika netizen ingin membuang mana-mana artis di Malaysia ini, pastikan mereka juga membuang televisyen dan apa-apa sahaja yang berunsurkan hiburan. Malah, jangan tonton hiburan dari luar negara juga.
Terdahulu, ramai artis yang begitu lantang bersuara meminta pihak kerajaan memberikan mereka bantuan khusus akibat pendapatan terjejas dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, cadangan itu ditentang ramai kerana netizen menganggap lebih ramai rakyat yang hidup susah dan daif di luar sana memerlukan bantuan, berbanding golongan selebriti yang selama ini menayang kehidupan mewah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments