#Hiburan: Diboikot Isu Hina Netizen, Amyza Aznan Dakwa Ada Pihak Sengaja Tabur Fitnah

Semakin hangat nampaknya “perang” antara golongan artis dan para netizen selepas pelakon Zarina Anjoulie, mendedahkan beberapa orang artis yang didakwa menghina netizen dengan panggilan yang agak kasar iaitu memiliki IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung. Rata-rata netizen berang dilabelkan sedemikian rupa dan mengatakan artis sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tidak mampu menempa nama dalam industri hiburan.

netizen boikot amyza aznan

Susulan itu, netizen juga telah melancarkan kempen menyeru rakyat Malaysia untuk memboikot artis-artis yang bertindak melampau itu. Antara yang terkena tempiasnya adalah pelakon Amyza Aznan yang kini teruk dikecam selepas perbualannya didedahkan.

Sedar dirinya dan rakan-rakan artis diboikot, Amyza menerusi akaun Instagramnya menyifatkan apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada perancangan jahat pihak tertentu dan hanya fitnah semata-mata.

boikot amyza aznan

Apa-apa pun, kami harap segala kemelut dan perang dingin yang melanda ini dapat diselesaikan dengan baik.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments