#Hiburan: Darah Keluar Dari Mulut Tanpa Henti, Nonny Nadirah Minta Dijauhkan Perkara Pelik

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah terkejut apabila darah keluar dari mulutnya tanpa henti dengan kuantiti yang banyak secara tiba-tiba.

Perkara itu agak pelik kerana beliau berada dalam keadaan sihat, langsung tiada batuk dan berlaku ketika beliau sedang duduk, tidak melakukan apa-apa. Nonny berkongsi video kejadian aneh itu menerusi akaun Instagramnya semalam.

Instagram Photo

Rata-rata netizen risau dengan keadaan Nonny dan meminta beliau untuk segera mendapatkan rawatan di hospital dan mendoakan agar beliau segera pulih.

Tidak mustahil, tekanan dan cuaca panas boleh menjadi faktor darah tersebut keluar. Apa-apa pun, kami doakan agar Nonny dijauhkan daripada perkara pelik dan tabah menghadapi dugaan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments