Malaysia: Penyokong PH tumbuk seorang Datuk selepas Streram kalah PRK Rantau

PRK RANTAU – Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Bandar Ekar tegang berikutan rasa tidak puas hati sesama penyokong berketurunan India selepas kekalahan calon mereka Dr S Streram.

Insiden itu bermula apabila seorang penyokong dari Kuala Lumpur yang menganjurkan prgram kebudayaan untuk pengundi India menuduh penyokong di Rantau tidak bekerja bersungguh-sungguh untuk calon dan parti sepanjang kempen.

Beliau mendakwa keadaan itu menjadi punca Dr Streram tewas selain puluhan ribu wang yang dibelanjakan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau dibazirkan begitu sahaja.

Pergaduhan bermula sebaik sahaja keputusan rasmi PRK Rantau disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan disiarkan menerusi skrin putih khas di BGU termsuk proses penjumlahan undi kira-kira pukul 7.30 petang.

Bermula dengan pertikaman lidah, suasana menjadi semakin panas apabila mereka bertolak sesama sendiri sehingga ke satu peringkat berlaku adegan tumbuk menumbuk.

Individu tersebut juga bersuara kasar ke arah Dr Streram menyebabkan pergaduhan antara penyokong tempatan kawasan Rantau dengan kumpulan individu dari ibu negara itu.

Pengamal media yang ada di tempat kejadian untuk mendapatkan reaksi Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan Dr Streram mengenai keputusan PRK turut menjadi sasaran kumpulan yang bergaduh itu.

Jurukamera dan jurufoto MalaysiaGazette, Astro Awani, The Star, BNC, dan MalaysiaKini yang merakamkan kejadian tersebut diberi amaran supaya berhenti berbuat demikian atau pun kamera mereka akan dipecahkan.

Seorang individu bergelar Datuk turut ditumbuk dalam kejadian itu sebelum beliau ditarik keluar dan dibawa masuk ke restoran bersebelahan BGU.

Polis dikejarkan ke lokasi sebelum Streram turun diiringi sorakan reformasi oleh para penyokong.

Beliau kemudian menaiki kereta BMW dan meninggalkan tempat itu sekitar pukul 8 malam manakala Menteri Besar menunggu di bilik mesyuarat BGU sebelum bercakap kepada media. – Sumber MalaysiaGazette

Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Penyokong PH tumbuk seorang Datuk selepas Streram kalah PRK Rantau appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments