ISTANA Kelantan menarik balik gelaran Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkuat kuasa 2 April lalu.
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad berkata Abdul Azeez, 53, yang juga Anggota Parlimen Baling sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan menerusi surat disampaikan kepadanya pada hari sama.
“Dengan demikian mulai tarikh itu, Abdul Azeez tidak boleh lagi menggunakan gelaran “Datuk”.
“Apa-apa kuasa atau perkara yang berkaitan dengan anugerah Darjah Kebesaran ini juga tidak boleh digunakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Nazran berkata Datuk Seri Panglima itu juga dikehendaki mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran yang berkaitan kepada Datuk Perwira Raja, Pengelola Istana D’Raja, Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, Kota Bharu dengan serta merta.
Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salahguna) (Pindaan) 2015 diwartakan kerajaan negeri pada 27 Ogos 2015.
Enakmen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun bagi mana-mana orang menggunakan apa-apa Darjah, Tanda Kebesaran, Pingat, Lambang dan Bintang Kebesaran pernah dikurniakan oleh Sultan yang sudah ditarik balik oleh Baginda.
Enakmen tersebut juga memberi kuasa kepada polis untuk membuat penyiasatan di bawah enakmen berkenaan termasuk kuasa untuk memasuki premis dan menggeledah serta menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait dengan kesalahan di bawah enakmen itu.
Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji, dianugerahkan darjah kebesaran itu pada 12 November 2016 ketika Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V Ke-47. – Bernama – Majalah Review Malaysia
DIKEMASKINI: TMJ jawab amaran Tun Mahathir, silakan…
KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir
KLIK BACA: Pelantikan Menteri Besar Johor keputusan Kerajaan bukan Sultan – PM Dr Mahathir
KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion
KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
The post Istana Kelantan tarik gelaran “Datuk” Abdul Azeez appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 Comments