#Hiburan: Belasah Pengawal Keselamatan, Lan Pet Pet Didenda RM2,000

MInggu lalu, viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang pelawak terkenal membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas di kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan mangsa cedera teruk di bahagian muka, mulut dan pinggang.

Terbaru, pelawak berkenaan yang dikenali sebagai Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad mengaku bersalah melakukan kesalahan itu dan telah didenda sebanyak  RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kes ini dianggap selesai kerana Lan sudah dihadapkan di mahkamah dan didenda.

Terdahulu, Lan dipercayai berang kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu. Selain ditumbuk di muka sebanyak tiga kali dan ditendang pada pinggang, Lan juga bertindak membaling batu ke arah mangsa.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments