Malaysia: Selangor tak perlu tanam ganja – MB Selangor

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menolak cadangan untuk menjadikan negeri itu pengeluar ganja terbesar di dunia.

Katanya masih tiada keperluan untuk menanam ganja di Selangor kerana ia masih dikategorikan bawah akta dadah berbahaya dan “membabitkan banyak perkara sensitif.

“Kita perlukan kajian dan teruskan kawalan.


“Buat masa ini saya tidak nampak lagi keperluan untuk ia (tanaman ganja) dilaksanakan,” katanya dipetik Selangorkini ketika sesi sidang media di bangunan pentadbiran negeri di Shah Alam.

Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Mohd Shaid Rosli mencadangkan Selangor sebagai pengeluar ganja terbesar dunia.

Beliau mencadangkan Kuala Selangor dijadikan sebagai pusat kajian dan eksport pengeluaran, dengan unjuran hasil RM9 juta setahun untuk ladang seluas satu ekar.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir

The post Selangor tak perlu tanam ganja – MB Selangor appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments