Malaysia: Kadir Sheikh Fadzir ‘U Turn’ Ikatan kini sokong Mahathir

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hari ini mengisytiharkan Deklarasi Solidariti yang menyokong pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, ‘Tsunami Tun Mahathir’ berjaya melakar sesuatu yang dipandang mustahil dengan menumbangkan kerajaan yang berdiri kukuh pada Pilihanraya yang lalu.

“Rakyat dengan sokongan ramai berjaya mengembalikan seseorang yang berumur 93 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

“Mereka juga berjaya membawa semula kepada kerajaan, seorang pemimpin yang cekal dan berpandangan jauh iaitu Muhyiddin sebagai rakan kanannya.

“Ternyata satu konsensus Nasional mendapati kedua-kedua pemimpin ini mempunyai aura, ketokohan, pengalaman dan keberanian yang dikehendaki,” katanya ketika sidang media hari ini.

Antara ahli Ikatan yang hadir dalam sidang media menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau berkata demikian yang menganggap hanya Mahathir dan Muhyiddin yang mampu memenuhi harapan mengembalikan asas negara.

Beliau turut berkata tindakan Pas menghantar beberapa pemimpin tertingginya berjumpa Mahathir bukan satu perkara yang mengejutkan.

Melalui pertemuan itu, Pas berikrar untuk memberi sokongan padu mereka kepada ketua parti pemerintah jika menghadapi sebarang masalah dalam memimpin negara.

“Ini adalah perkara luar biasa kerana Pas merupakan pesaing politik yang hebat. Selang beberapa minggu, Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, turut memberi jaminan bagi perkara sama,” katanya.

Untuk rekod Ikatan sebelum PRU14 membentuk Gagasan Sejahtera bersama PAS menentang Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

The post Kadir Sheikh Fadzir ‘U Turn’ Ikatan kini sokong Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments