#Informasi: Rogol Remaja, Paderi Dipenjara 20 Tahun.

GAMBAR fail bertarikh 28 Februari 2017 menunjukkan polis mengawal
GAMBAR fail bertarikh 28 Februari 2017 menunjukkan polis mengawal Robin Vadakkumchery (tengah) selepas ditahan di Peravoor, Kerala, India. - AFP

KOCHI 17 Feb. - Mahkamah India menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang paderi Katolik atas dakwaan merogol remaja perempuan, skandal serangan seksual terbaru yang melibatkan gereja di selatan Kerala, India.
Robin Vadakkumchery didapati bersalah atas dakwaan merogol remaja berusia 16 tahun itu, dengan jenayah itu mula disedari selepas mangsa melahirkan bayi pada Februari 2017.
Namun begitu, disebabkan kekurangan bukti, mahkamah membebaskan empat biarawati, seorang lagi paderi dan petugas lain yang dituduh cuba menutup serta melindungi kesalahan Vadakkumchery. – AFP

Sila lihat..
E-Buku IH-64: Rogol Di India

E-Buku IH-64: Rogol Di India

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments