#Hiburan: Wanita Derita Wajah Berubah Selepas Buat Implan Gigi di Turki, Doktor Enggan Bertanggungjawab – “Mereka Biarkan Saya, Terlalu Sakit”

Seorang wanita dari United Kingdom (UK) berkongsi pengalaman ngeri selepas prosedur implan gigi di Turki yang pada awalnya bertujuan untuk mencantikkan senyuman, berakhir dengan wajahnya berubah sepenuhnya akibat jangkitan serius.

Menurut perkongsian semula di Threads oleh @moyers.jeff, wanita tersebut yang pada asalnya mempunyai rupa paras cantik dan cukup sifat, mengambil keputusan untuk mencabut semua gigi bawah dan menggantikannya dengan implan di sebuah klinik pergigian di Turki.

Advertisement

Namun, hanya beberapa hari selepas prosedur dilakukan, struktur wajahnya mula berubah — bahagian hidung, gusi dan tulang pipi menjadi bengkak teruk akibat jangkitan bakteria.

Lebih menyedihkan, doktor bedah di Turki enggan bertanggungjawab terhadap komplikasi yang berlaku, menyebabkan keadaan pesakit semakin parah.

Wanita itu dilaporkan mengalami kesakitan melampau, dengan 14 batang implan di dalam mulut yang menyebabkan keradangan teruk sehingga bentuk mukanya berubah sama sekali.

Apabila pulang ke UK, pihak hospital di sana tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerosakan telah terlalu serius. Dia akhirnya terpaksa memohon rawatan berulang kali malah mogok di luar hospital untuk mendapatkan perhatian pihak kesihatan tempatan.

@djabeyance

SORRY IVE BEEN QUIET!!! So Monday I had My infusion and I’ve been very poorly ever since! I’ve not had my medication for 2 days because I can’t handle it! so yesterday my tummy was killing and I felt like I was sat on knifes! I actually thought I had piles! but I didn’t I’ve been constipated that bad that I had all this build up it was like a brick! I was literally trying to pull it out of me screaming the pain was so bad! in the end I passed out! I nearly rang 999 but I was to embarrassed to say my pooh won’t come out! I’d never wish this on anyone! it seems like one thing after another! I’m still hoping someone can reach out, I know a few of you have researched and found some clinics that do implants so il contact them tomorrow! thank you! but I need the Dr’s to step up and kill this flesh eating virus I’ve got so it can save my nose and face! I dont care if I have to stay in hospital weeks or even have iv antibiotics at home? if that’s a option I don’t know? but the lunch box full of tablets I’ve got are NOT working! I dont want to be left with no face! sorry I look bad I’ve not even put my teeth in because my gums are hurting! another day another set back! please be kind, I’ve not got it in me to keep arguing because u think it’s drug related when it’s not! I need help not making Me feel worse ?????#goviral #fyp #dentalimplants #journey #MentalHealth @Capital @Botched @This Morning @BBC @Nuffield.Health @bupa @thelondondentist @Droitwich Dental Studio @Dr dubrow et nassif https://bit.ly/4omXxhN thank you to all that’s giving to my go fund me! only about 50 grand to go ?????

? original sound – Abeyance dj ?

Kini, wanita berkenaan tampil memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengulangi kesilapan sama, khususnya mereka yang bercadang ke luar negara untuk rawatan gigi murah tanpa memastikan keselamatan dan kredibiliti klinik.

“Jangan buat prosedur seperti saya. Ia bukan sahaja tentang kecantikan — tetapi boleh meragut kesihatan dan keyakinan diri anda,” pesannya dalam video tular.

Insiden ini menjadi peringatan keras bahawa ‘dental tourism’ berisiko tinggi sekiranya dilakukan tanpa pengawasan perubatan yang sahih, kerana sebarang kesilapan kecil boleh meninggalkan kesan seumur hidup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ardell Aryana
2025-10-15 18:49:21

"Nyawa-Nyawa Ikan Pun Dia Kata Okay" - Doktor Kongsi Keadaan Ardell Ayrana Selepas Tamat Misi Kemanusiaan

The post Wanita Derita Wajah Berubah Selepas Buat Implan Gigi di Turki, Doktor Enggan Bertanggungjawab – “Mereka Biarkan Saya, Terlalu Sakit” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments