#Hiburan: (TAKZIAH) Pelakon Veteran Charlie Nu’man Meninggal Dunia

Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang apabila pelakon veteran, Charlie Nu’man Salleh, disahkan meninggal dunia malam Rabu pada usia 71 tahun.

Berita sedih itu dikongsikan oleh rakan seindustri, Zulkifli Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Advertisement

charlie nu'man meninggal dunia

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Charlie Nu’man. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan tenat selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Pemergian Allahyarham yang pernah membintangi pelbagai drama dan filem tempatan itu meninggalkan kesan mendalam buat rakan-rakan artis serta peminat yang membesar dengan lakonannya.

Al-Fatihah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ardell Aryana
2025-10-15 18:49:21

"Nyawa-Nyawa Ikan Pun Dia Kata Okay" - Doktor Kongsi Keadaan Ardell Ayrana Selepas Tamat Misi Kemanusiaan

The post (TAKZIAH) Pelakon Veteran Charlie Nu’man Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments