“Zara terjun dari aras dua, banyak darah dia dekat lantai aras paling bawah.”
Itu kata seorang rakan sebilik yang didengari oleh saksi ke-20 dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, seperti yang diberitahu di Mahkamah Koroner hari ini, memetik Berita Harian.
Menurut saksi, dia mendengar kenyataan itu kira-kira jam 4.30 pagi pada 16 Julai lalu, sejurus selepas bangun tidur.

Saksi memberitahu bahawa pada pagi 16 Julai 2025, seorang ‘dormmate’ berbisik kepadanya, ‘Zara terjun dari aras dua, banyak darah dia dekat lantai aras paling bawah.’
Namun saksi tidak percaya dan berasakan tidak mungkin Zara sanggup buat begitu.
Saksi turut memaklumkan bahawa selepas keluar dari dorm, dia melihat ramai pelajar berkumpul di koridor aras tiga, namun tetap meneruskan rutinnya untuk mandi seperti biasa.
Selesai mandi, saksi bertanya semula kepada rakan yang sama tentang apa yang dikatakan tadi, dan rakannya sekali lagi mengulangi bahawa Zara sudah terjun dari aras dua ke aras paling bawah.
Saksi kemudian menjenguk dari aras atas dan ternampak kesan darah di tepi longkang.
Saksi juga menceritakan detik terakhir dia melihat Zara kira-kira jam 12.30 tengah malam, ketika pergi ke tandas aras tiga bersama dua rakan lain untuk mengisi air di dalam bekas.
Mereka nampak tandas nombor satu tertutup dan diberitahu oleh rakan bahawa orang di dalamnya ialah Zara.
Semasa menunggu, saksi terlihat bayangan tangan dan sebahagian kepala serta muka Zara di atas dinding kiri bilik tandas nombor satu melalui cermin, seolah-olah sedang memerhati mereka.
Terkejut dengan apa yang dilihat, saksi berlari keluar mendapatkan dua rakannya yang berada di luar tandas sebelum mereka sama-sama meninggalkan kawasan itu.
Sekitar jam 12.50 tengah malam, mereka bertiga kemudian membangunkan ketua bilik untuk memaklumkan bahawa Zara masih berkurung dalam tandas, namun rakan-rakan lain hanya mendiamkan diri.
Saksi berkata dia akhirnya kembali ke dorm dan tidur, manakala dua rakannya berbual di luar bilik sebelum masuk semula sekitar jam 1 pagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Inkues Zara Qairina : “Dia Terjun Dari Aras Dua, Banyak Dar*h Dia Dekat Lantai Aras Paling Bawah” – Saksi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments