Keadaan banjir di Perak terus memburuk apabila seramai 1,776 mangsa daripada 609 keluarga di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung telah dipindahkan ke 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4 pagi, Jumaat.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan beberapa PPS masih belum merekodkan angka rasmi mangsa yang tiba.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir akan melanda kedua-dua daerah berkenaan pada pagi dan petang Jumaat, sekali gus berpotensi menambah buruk keadaan banjir sedia ada.
MetMalaysia turut menjangka beberapa daerah lain di Perak turut mengalami hujan dan ribut petir pada pagi dan petang, kecuali Kampar, Padang Batang dan Muallim yang diramal menerima cuaca buruk pada sebelah petang dan malam.
Pihak berkuasa kini terus memantau perkembangan semasa dan menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar berjaga-jaga serta segera berpindah sekiranya diarahkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – AWANI
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Banjir di Perak Semakin Buruk, 1,776 Mangsa Dipindahkan ke 23 PPS first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments